Sunday, March 22, 2009

Norasyikin Dan Hasbullah

Saya akan menulis kemudian ya...Saya upload je dulu gambar yang saya dan Atun (photographer ADS) shot di Kluang Johor.

Ok saya baru je cari masa untuk menulis tentang pasangan ini. First Syikin dan Hasbullah telahpun bernikah pada tahun lepas dan saya hampir terlupa tarikhnya kalau tak silap pada 15 Nov 2008. Waktu itu Atun yang ditugaskan menjadi jurufoto pasangan ideal ini. Dan Majlis persandingan diadakan pada 21 Mac 2009 dimana saya turut serta menjadi backup fotografer kepada Atun. Its ok sebab saya memang suka jadi orang yang no 2 dan saya boleh amik gambar dari angle yang saya suka :D Walaubagaimanapun ianya menjadi seronok kerana kerahan tenaga hingga ketahap maksima dan pencapaian yang dikehendaki memenuhi setiap aspek yang saya perlukan, dan ianya menjadi satu kepuasan bila tengok semula gambar2 yang di pentik(bahasa lama) . Lihatlah Atun sampai nak muntah sebab tak tahan cuaca dan tekanan ketika sedang bertugas (gambar yang mencangkung tu). Bagi saya pula semakin panas dan semakin lajulah otak saya bertugas (tak kisah walaupun bermandikan peluh). Di majlis ini saya dapat jugak shoot foto Puan Kamaliah ( Ketua farmasi HPSFM) dan saya paparkan juga harmoni rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Seronok dapat berjumpa dengan ayah Syikin dan saya turut sama2 ke masjid utk menunaikan solat jumaat bersama beliau.Malam pula kami di hidangkan dengan nasi goreng dan sate sambil saya menonton Astro. Sehingga tamat majlis kami pun bertolak ke Muar dalam keadaan keletihan tetapi saya rasa puas kerana apa yang saya shoot hari ini akan di komen oleh semua yang berada di ADS. (bersedialah kena kritik lepas ni...)

P/S ayah Syikin: Sabar dalam apa keadaan pun...


______________________________________________________________________________________
ADStudio
www.rekagrafik.net
019-6502783

No comments: