Sunday, March 29, 2009

Imbasan Kenangan Ain Dan Zaidi

Puteri sulung pasangan Ain dan Zaidi dipangku makciknya.

Saya dah janji dengan Ain untuk upload gambar perkahwinannya yang kini menjadi salah satu lipatan sejarah sepanjang saya berkecimpung dalam arena fotografi perkahwinan sejak 4 tahun yang lalu. Dan baru hari ini janji itu dikotakan : ) maaf Ain saya cari masa yang sesuai utk menulis artikel ini. Beberapa keping gambar saya paparkan disini adalah antara kenangan dan pengalaman berharga buat diri saya ketika mula2 dulu membuat perubahan pada gaya possing pengantin. (buat spekulasi seorang pengantin dianggarkan mempunyai 6 pasang persalinan) Saya mula mengubah teknik dan menggunakan penataan cahaya semulajadi dalam menghasilkan foto2 ini. Dari permulaan ini saya terus cuba dan mencuba sehingga saya puas hati dengan gambar yang saya shoot. Walaupun beberapa kali saya cuba dan cuba dan cuba dan saya hampa itu tak bermakna saya akan putus asa ...Buat lagi dan ulang lagi sampai saya berjaya! (motovasi utk diri saya sebenarnya)
Oklah dipendekkan kaedahnya saya mula2 mengenali Ani dan Zaidi adalah melalui mak andam yang saya panggil sebagai Kak Mie. Kami berjumpa ketika saya menjadi photographer di satu majlis perkahwinan dan Kak Mie pula sebagai mak andam ketika itu. Beberapa minggu kemudian Kak Mie call utk sesi foto pengantin...Oleh kerana pada ketika itu fotografer Kak Mie ada masalah teknikal maka Kak Mie pun menghubungi saya utk sesi thangkap gambar di majlis perkahwinan Ain dan Zaidi. Kak Mie pandai dalam bab2 solek menyolek ni dan nampak gayanya Ain pun dah mula mahir dalam bidang tersebut (tahniah Ain...Go and Move foward!) Dan alhamdulillah sampai kini saya banyak belajar dan menjadikan pengalaman sebagai titik mulanya untuk terus berkarya. Walau apapun saya akan terus belajar dan belajar dan belajar...sampai bila2...

Thanks to all yang saya kenal dulu dan jugak maaf kalau saya tak sempat berbual. Maaf sebab saya sedang bertugas dan otak sedang berpusing 360darjah.







______________________________________________________________________________________
ADStudio

3 comments:

Cikgu said...

best nyer kahwin...

Cikgu said...

best nyer kahwin

Cikgu said...

best nyer kahwin