Sunday, February 8, 2009

Refresh02

Dah lama juga kami tidak menjengah ke kampung. Ada masa hujung minggu ini kami sekeluarga balik ke negeri sembilan bertemu orang yang tersayang. Biasanya kami sibuk dengan urusan studio dan pelanggan yang datang serta temujanji yang kadang2 tu no time limit kata orang jawa. Walaupun sekadar sehari semalam kami di kampung sempat jugalah ambil gambar2 floral yang ditanam mertua dihalaman rumah mereka. Memang banyak bunga2 sebagai penghias laman dan bukan itu saja pokok buah2an pun ada. Hari ini saya ajak semua untuk berehat sebentar dari kesibukkan masing2 dan sama2 menatap keindahan ciptaan Tuhan. Sekali sekala kita patut refresh kembali and try to think or find something new. Kami tahu selepas ini kami akan menghadapi event yang lebih besar lagi InshaAllah, makanya persediaan sebelum ia datang nanti sangat penting. Banyak gambar2 floral yang saya paparkan melebihi gambar2 pelanggan kami disini...kenapa? biasalah...

No comments: