Saturday, January 24, 2009

TerimaKasihAminDanLina

Alhamdulillah sebelum raya cina costum album kini sampai ketangan tuanpunya iaitu saudara Amin juga pasangannya Lina. Terima kasih kerana sudi datang walaupun jauh...tambahan pula musim perayaan cina dah tinggal beberapa detik je lagi menyebabkan kesesakan lalulintas di jalan2 utama sekitar bandar Muar. Terima kasih juga kepada makcik dan pakcik yang turut hadir menemani Amin dan Lina melawat kami disini. Terasa serba kekurangan memandangkan studio masih dalam proses ubahsuai dan barang2 pun belum tersusun ditempat sepatutnya ia berada. Kami abadikan komen dari pasangan ini disini untuk tatapan semua juga untuk sebagai kenang-kenangan kami di masa hadapan. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis perkahwinan Amin dan Lina juga kerjasama Amin dan Lina semasa sesi fotografi dijalankan...yang paling kami tak lupa adalah ketika sesi persalinan pakaian sehingga lewat malam dan memang kelakar..kami tergelak bila mengingatkan saat itu ( thanks Amin sebab sporting ) Semoga ikatan abadi dan zuriat yang ramai juga dilimpahi rezeki yang mencurah2 buat kalian.


Komen from Azlina & Amin ( 24 JAN 2009)
1) Kami berpuas hati dgn hasil kerja mereka.
2) Gambar yg dihasil sangat sharp dan menarik & kesan lampu juga menghasilkan gambar yg menarik.
3) Harga yg dikenakan juga berpatutan.
4) Cameraman semua juga ramah & mesra serta memberikan komitmen kerja yg tinggi serta bekerja dgn disiplin.

NORAZLINA ABD RAHMAN
signature
24 JAN 2009

No comments: