Thursday, January 29, 2009

Aisyah Dan Anuar

Aslkm kepada Aisyah dan Anuar dan juga kepada semua. Alhamdullilah syukur atas usaha dan berkat sabar kami menjadikan web rekagrafik.net dan juga blog ini sebagai salah satu halaman yang diminati dan dilayari setiap hari! Rasa gembira juga kerana cara dan idea kami menjadi ikutan kepada beberapa orang "teman" yang ketandusan idea dan buntu dalam menulis ucapan. Tepat sungguh moto web kami iaitu MEWARNAI ASPIRASI KEHIDUPAN sebagai asas perkembangan dan kemajuan kami selama ini. InshaAllah dari masa ke semasa kami akan menjana perubahan dan mengekalkan konsep serta kualiti kami dengan lebih mantap lagi.
Majlis penikahan dan persandingan Aisyah dan Anuar penuh meriah

Apapun jutaan terima kasih kami kepada Che Ad (bapa saudara Aisyah) yang ingat pada saya dan melantik saya sebagai jurugambar di majlis perkahwinan anak saudaranya ini. Di majlis ini saya berkenalan dengan seorang jurugambar iaitu cikgu Fadil yang turut hadir berikutan pakej perkahwinan yang di sediakan oleh mak andam. Orangnya baik dan ramah serta disiplin dalam kerjanya. Katanya kepada saya sebagai jurugambar sepenuh masa kita kena buat yang terbaik dalam penghasilan gambar untuk pelanggan, bersaing cara sihat, jangan membunuh fotografer lain dengan harga yang tidak munasabah. Bersaing dengan fotografer sambilan memang memeritkan di Melaka katanya lagi...(hurmmm bersabar ye cikgu Fadil....) Memang sukar nak cari makan jika begini cuma kata saya kualiti yang bagus untuk harga yang bagus. Pelanggan juga bijak sekarang ini dan pandai menilai kualiti dan erti sekeping gambar.

Cikgu Fadil salah seorang fotografer di Melaka sedang memberi arahan kepada pengantin

Che Ad berbaju belang hitam halus bersebelahan Mail XPDC di majlis perkahwinan Aisyah dan Anuar

Kepada Aisyah dan Anuar diharapkan berbahagia selalu dan dilimpahi rezeki serta anak2 yang ramai. InshaAllah costum album tu bakal menyusul tak lama lagi. Kepada ayah pengantin iaitu Abu Shah Bin Abu Samah (maaf kalau tersilap ejaan) tahniah kerana bertambah lagi seorang menantu. Abu Shah sendiri yang menikahkan anaknya pada majlis berkenaan. Tahinah bang! kepada kakak (ibu Aisyah) dan juga keluarga sangat2 terima kasih atas layanan baik semua. Buat kak chik...senyum selalu.

No comments: