Tuesday, November 25, 2008

Membanting Tulang

Sudah menjadi adat resam kehidupan jika kita tidak bekerja keras maka tidaklah kita kecapi nikmat kehidupan...bagi yang malas berusaha pasti akan ketinggalan dan bagi yang rajin pula selalu beringat akan masa depan. Setelah penat shoot seharian kami bertiga balik ke pusat operasi dan waktu ini sempat saya shoot langit dikala matahari terbenam dihadapan ADStudio...

Kepada costumer yang telah memberi kepercayaan dengan hasil kerja kami mengucapkan berbanyak terima kasih juga kerjasama kalian adalah yang terbaik buat kami. InshaAllah hasilnya akan kami hantar kepada kalian setelah kerja-kerja selenggara foto-foto istimewa kalian semua selesai.Terima kasih...

Wednesday, November 19, 2008

HDR punya pasal

Salam to all, semoga ceria lagi hari ini.Walaupun kengkadang raining but its ok because life must go on and moving foward not backward.Hehe..speaking pun terabur hambur, sory guys...
Tengah sibuk menyibuk dengan kerja fotografi ni terpanggil pulak untuk ambil tahu dan jaga tepi kain berkenaan HDR lah pulak. Mana tidaknya kengkawan ramai yang shoot cantik mantik dan bagi preview gambar HDR yang diorang snap...terus teringin nak cuba buat HDR. hasilnya? Tulah, harap kengkawan diluar sana bagilah komen tentang HDR palsu ni...entah jadi entah kan tidak kata Dato S M Salim...HDR punya pasal.

Dalam sibuk menyibuk tentang HDR ni sempat jugak menyiapkan Wedding Album untuk Mr. Guna dan isterinya Avelyne Sasha yang berlangsung pada 15hb November 2008....Alhamdullilah siap juga dan bolehlah saya hantar kepada tuannya.Anyways selamat berbahagia buat Mr. Guna dan beloved wife Mrs. Avelyne!


Thursday, November 13, 2008

HARGA PATUT

Salam to all...hari ni jumaat 14 NOVEMBER 2008 , satu hari yang cerah dengan angin bertiup sepoi-sepoi sempoi. Ketika menghadap komputer ni saya sempat membelek dan menyelak folder-folder foto koleksi saya. Antara foto-foto pengantin ada jugak foto-foto test atau foto study berkenaan arah cahaya. Ada sekeping gambar yang saya suruh kawan saya capture ketika dia datang kerumah end of the last year. Kali ini saya nak bereksperimen dengan foto berkonsepkan apa entah... kata hamba Allah yang saya kenal "just do it". ( cedok ayat orang )

Kadang-kadang terfikir jugak adakah pelanggan kita suka dengan style kita shoot foto utk mereka atau sukakah mereka dengan konsep editing yang kita buat untuk mereka, dan setimpalkah harga hasil dari usaha tangan kita. Mungkin bagi yang di luar sana memadailah jika editing tiru cara orang atau shoot dengan cara dan angle berbeza asal dapat pelanggan. Sudahnya kita terpaksa buat promosi lebih2 untuk tarik minat orang. Betul juga jika kita tiru maka ianya akan menambah dan mempercepatkan kerja...tapi hasilnya tetap sama jika kita tak berjaya menghasilkan sesuatu dari usaha meniru itu tadi. Jadi mulakan dari sekarang mencari konsep untuk diri sendiri. Harga patut untuk kualiti yang patut.

Wednesday, November 12, 2008

Meeting

Alhamdullilah syukur sejak berakhirnya kerjaya di Fine Animation pada tahun 2002 inilah kali pertama dapat bersua kembali dengan pemilik syarikat Fine Animations Sdn Bhd iaitu Cik Ida Rahayu. Sememangnya bukan mudah bagi ahli perniagaan yang besar dapat meluangkan masa bertemu dan berbincang tentang banyak perkara, so kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Cik Ida Rahayu memberi ruang dalam perjumpaan ini. Banyak pengalaman yang telah kami lalui dan banyak juga pengajaran yang kami terima sebagai panduan dan penanda arah haluan di masa akan datang. Turun naik perjalanan kami dari masa ke semasa semakin lama semakin mematangkan kami.

Banyak perkara berlaku sejak 7 tahun yang lalu dan selepas 7 tahun ini barulah saya dapat bertemu dengan bekas bos saya dulu. Banyak juga kami borakkan serta berkongsi idea dan pendapat. Antaranya tentang perkembangan terkini dan maklumat terbaru teman-teman seperjuangan di Fine Animations dulu. Juga tidak ketinggalan tentang projek animasi bersiri dan juga inshaAllah filem animasi terbitan Euro Fine Sdn Bhd,Wah!...hebat. Semoga industri animasi berkembang dan bertambah kualiti di masa akan datang. Dalam pada itu saya mendapat serba sedikit infomasi tentang rakan-rakan yang dulu turut berada dalam bumbung yang sama...ada yang dah berjaya, ada yang kurang berjaya, ada yang berkualiti dan ada juga yang hidung tinggi... biasalah adat dunia. Tapi bagi saya kalau setakat pakai iswara dah berlagak macam pakai lamborgini itu sesuatu yang memalukan!
Apapun kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Ida Rahayu yang sudi meluangkan masa bersama kami. Terima Kasih.

Tuesday, November 4, 2008