Wednesday, November 12, 2008

Meeting

Alhamdullilah syukur sejak berakhirnya kerjaya di Fine Animation pada tahun 2002 inilah kali pertama dapat bersua kembali dengan pemilik syarikat Fine Animations Sdn Bhd iaitu Cik Ida Rahayu. Sememangnya bukan mudah bagi ahli perniagaan yang besar dapat meluangkan masa bertemu dan berbincang tentang banyak perkara, so kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Cik Ida Rahayu memberi ruang dalam perjumpaan ini. Banyak pengalaman yang telah kami lalui dan banyak juga pengajaran yang kami terima sebagai panduan dan penanda arah haluan di masa akan datang. Turun naik perjalanan kami dari masa ke semasa semakin lama semakin mematangkan kami.

Banyak perkara berlaku sejak 7 tahun yang lalu dan selepas 7 tahun ini barulah saya dapat bertemu dengan bekas bos saya dulu. Banyak juga kami borakkan serta berkongsi idea dan pendapat. Antaranya tentang perkembangan terkini dan maklumat terbaru teman-teman seperjuangan di Fine Animations dulu. Juga tidak ketinggalan tentang projek animasi bersiri dan juga inshaAllah filem animasi terbitan Euro Fine Sdn Bhd,Wah!...hebat. Semoga industri animasi berkembang dan bertambah kualiti di masa akan datang. Dalam pada itu saya mendapat serba sedikit infomasi tentang rakan-rakan yang dulu turut berada dalam bumbung yang sama...ada yang dah berjaya, ada yang kurang berjaya, ada yang berkualiti dan ada juga yang hidung tinggi... biasalah adat dunia. Tapi bagi saya kalau setakat pakai iswara dah berlagak macam pakai lamborgini itu sesuatu yang memalukan!
Apapun kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Ida Rahayu yang sudi meluangkan masa bersama kami. Terima Kasih.

3 comments:

apis said...

aku masih pakai lagi iswara, dan syukur aku tak rasa ianya sebuah lamborgini.. hihihihi

no8 jln ati-ati, aku pernah menumpang teduh disana.

apis said...

aku masih pakai iswara, dan syukur aku tak rasa ianya sebuah lamborgini... hihihihi

no8 jln ati-ati, aku pernah menumpang teduh di sana...

A.D said...

Salam Apis...thanks atas komen tu. aku hargainya..aku pun pakai kancil je, dan yang pastinya aku sama macam ko( kancil itu kancil)Gud luck! :)