Thursday, November 13, 2008

HARGA PATUT

Salam to all...hari ni jumaat 14 NOVEMBER 2008 , satu hari yang cerah dengan angin bertiup sepoi-sepoi sempoi. Ketika menghadap komputer ni saya sempat membelek dan menyelak folder-folder foto koleksi saya. Antara foto-foto pengantin ada jugak foto-foto test atau foto study berkenaan arah cahaya. Ada sekeping gambar yang saya suruh kawan saya capture ketika dia datang kerumah end of the last year. Kali ini saya nak bereksperimen dengan foto berkonsepkan apa entah... kata hamba Allah yang saya kenal "just do it". ( cedok ayat orang )

Kadang-kadang terfikir jugak adakah pelanggan kita suka dengan style kita shoot foto utk mereka atau sukakah mereka dengan konsep editing yang kita buat untuk mereka, dan setimpalkah harga hasil dari usaha tangan kita. Mungkin bagi yang di luar sana memadailah jika editing tiru cara orang atau shoot dengan cara dan angle berbeza asal dapat pelanggan. Sudahnya kita terpaksa buat promosi lebih2 untuk tarik minat orang. Betul juga jika kita tiru maka ianya akan menambah dan mempercepatkan kerja...tapi hasilnya tetap sama jika kita tak berjaya menghasilkan sesuatu dari usaha meniru itu tadi. Jadi mulakan dari sekarang mencari konsep untuk diri sendiri. Harga patut untuk kualiti yang patut.

4 comments:

yazidyahaya said...

stylo habis

fikri said...

salam ..
per kabar abg..
ni opinion sy, gmbr tu gelap dan macam menakutkan.
mmg set nak buat gelap ker ha
kalo nampak cerah lagi mudah orang tgk
ok

A.D said...

Yazid, thanks for the comment! Kalau nak jadi model dalam blog ni pun boleh jugak...:D hantar je gambar pasti publish punyalah(jangan yang XXX sudahlah)WELCOME!

A.D said...

Thanks Fikri atas komen tu.Ianya sangat dihargai.InshaAllah dimasa mendatang saya improve lagi hasil kerja seperti ini.