Wednesday, December 31, 2008

Be Patient

Dengan salam kami mulakan bicara kata kepada semua teman dan kenalan kami ingin memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan untuk bulan 12 2008 ini atas kelewatan berkenaan album foto perkahwinan juga beberapa costum album yang kami belum serahkan kepada tuanpunya. Ini berikutan terdapat perubahan teknikal dari sudut editing dan ubahsuai konsep yang mana kami dapati perlunya kelainan yang berbeza dengan hasil tangan kami sebelum ini. InshaAllah konsep kami yang terbaru kalian boleh lihat sendiri di ADS nanti. Kepada Ain dan Zul, Suhaidah dan Alyfee, Siti dan Azri, Zurin dan Nasir, Lina dan Amin, Intan dan Johan, Mak Andak dan Pak Andak yang ada kat rumah tu harap bersabar yek. Nanti dah siap saya call k. Tak lupa juga buat Pokyar yang sibuk dengan projek terbarunya di Johor inshaAllah logo tu saya akan emelkan esok (sekarang tengah buat lagi) harap bersabar semuanya...

Wednesday, December 17, 2008

WhiteRoom

Dalam sibuk dan terkejar kesana kemari sempat jugak kami siapkan whiteroom. Selesai majlis di rumah cikgu Zurin pada hari ahad, hari isnin mula setup whiteroom, hari selasa kembali ke BP amik foto studio cikgu zurin, hari rabu sambung sampai tengah malam utk siapkan whiteroom lagi. Alhamdulillah selesai jugak kerja yang ini dan nak sambung dengan editingnya pula...hari minggu sambung tugas fotografi di Jelai , Lenga dan Muar...



Saturday, December 13, 2008

Malam Pernikahan Zurin Dan Nasir

Sesi bermula pada pukul 7.30 malam. Bertempat di Sungai Balang Batu Pahat dan yang paling romantisnya rumah pengantin lelaki dan pengantin perempuan berada dalam kedudukan sangat dekat...sebelah menyebelah. Majlis berjalan dengan meriah, hilang rasa penat dan gemuruh. Beberapa keping foto saya siarkan disini untuk kenangan buat kedua pasangan pengantin Zurin dan Mohd Nasir. Costumnya? i think better i keep it undercover for a couple of time. Come and visit our Studio for more wedding pictures.





SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ZURIN DAN NASIR.

Wednesday, December 10, 2008

Majlis Perkahwinan Zurin Dan Mohd Nasir


Majlis akan berlangsung pada 14 Disember 2008. InshaAllah saya akan membuat permohonan untuk beberapa keping foto costum album majlis ini di siarkan disini.

LOGO

Salam to all. Here we show a couple of design for FOREX, WMdotCom and CommerceZone. Thanks for support us. Announcement to WMdotCom and CommerceZone for your Illustrator file will submit soon.

Wednesday, December 3, 2008

Majlis Perkahwinan Fifi Dan Fadly

Assalammualaikum kepada semua. Hari ini saya mendapat sms dari Fifi. Thanks kerana keep in touch with us. Awal pagi tadi saya update tentang ADS dan hari ini saya mendapat maklumbalas dari Fifi supaya menyiarkan beberapa keping foto perkahwinannya yang telah berlangsung pada 23 NOVEMBER 2008 bersamaan 25 Zulkaedah 1429H yang lalu. Diharapkan ramai yang diluar sana tersenyum dan gembira dengan paparan ini dan tidak lupa juga ucapan semoga Fifi serta Fadly mendapat baby yang comel tidak lama lagi (kami doakan).


ADS

Dengan lafaz Bismillah kami membuka bicara kali ini dan dengan rasa syukur atas nikmat yang diberikan Allah dapat menulis dalam blog meebandungsirehjunjung dan berkesempatan untuk pengenalan berkenaan ADS. Alhamdulillah juga ADS diberitahu bahawa beberapa para blogger dan rakan yang sering menjenguk dan mengikuti perkembangan ADS ini...terima kasih kami ucapkan. Tidak ketinggalan kepada para pelanggan yang telah pun berkerjasama sebelum ini juga kepada yang bakal mendapatkan hasil kerja tangan dari ADS inshaAllah sama-sama mendapat penjelasan berkenaan kerja-kerja hasil sentuhan ADS ini.

Before we continue lebih lanjut kami perkenalkan ADS ini adalah nama bagi studio kami berpusat di Muar Johor. Untuk alamat lengkap bolehlah layari www.rekagrafik.net(laman web rasmi ADS). Sebelum tertubuhnya ADS kami telah mula menjalankan urusniaga melalui internet dengan menggunakan laman web www.rekagrafik.net sebagai laman web rasmi kami. Dengan moto "MEWARNAI ASPIRASI KEHIDUPAN"(bukan mudah untuk kita perah otak menghasilkan sesuatu jenama kan?) Kami menghasilkan produk dan juga design kad banner banting termasuk tempahan dari web web rakan yang telah mengenali kami. Selain itu kami juga telah menyediakan perkhidmatan lukisan potret serta sketching dan alhamdullilah berkat hasil usaha bahagian pemasaran iaitu saudara Naim kami berjaya memperkenalkan perkhidmatan kami kepada ramai pelayar-pelayar internet.

Selama 3 tahun kami melakukan pelbagai perubahan demi perubahan untuk kepuasan hati para pelanggan kami dan sehingga kini kami telahpun menetapkan satu lokasi khusus untuk kerja-kerja produk dan design disamping memberi kemudahan kepada pelanggan kami datang serta melihat sendiri hasil kerja kami. Maka dengan itu tertubuhlah ADS.

Disini kami memberikan perkhidmatan bukan saja dari sudut fotografi majlis perkahwinan sahaja tetapi lebih dari itu. Almaklumlah latar belakang kami adalah orang yang pernah berkecimpung dalam pembikinan filem dan penerbitan maka jiwa kami dan keinginan kami tetap pada dunia seni. InshaAllah jika diizinkan Tuhan kami akan melangkah ke satu lagi tahap dan akan menambah satu lagi dari beberapa perkhidmatan kami.

Kepada para pengunjung yang ingin melihat sendiri hasil kerja kami yang kami tidak siarkan disini bolehlah datang terus ke ADS dan lihatlah bagaimana kami menghasilkan produk dan perkhidmatan kami. Sebelum mengakhiri catatan kali ini saya lampirkan sesuatu untuk tatapan.

Foto pengantin itu bukan saya punya, ia milik seorang photographer dari melaka iaitu saudara Sabri Ahmad. Kami mendapatnya dari pihak pengantin yang berminat dengan hasil kerja kami maka dengan izin kami mohon ianya di siarkan disini.


Ini adalah antara poskadkahwin tempahan terus dari pelanggan kami. Sekian

Monday, December 1, 2008

Serah Berserah

Alhamdulillah semua tugas untuk minggu ini telah selesai dengan baik sekali dan hasil kerja telah pun di hantar kepada pelanggan2 ADS. Kami lampirkan sebahagian bukti disini.Terima kasih buat Fifi dan keluarga, terima kasih kepada Hidayah dan semua sanak saudara, terima kasih juga Azlina yang telah melangsungkan majlis pernikahannya...dan majlis persandingan untuk Azlina pada 27HB DISEMBER 2008 ini diharapkan berjalan dengan lancar. InshaAllah kami kembali lagi bersama Azlina dan suaminya Mohd Amin.

Tuesday, November 25, 2008

Membanting Tulang

Sudah menjadi adat resam kehidupan jika kita tidak bekerja keras maka tidaklah kita kecapi nikmat kehidupan...bagi yang malas berusaha pasti akan ketinggalan dan bagi yang rajin pula selalu beringat akan masa depan. Setelah penat shoot seharian kami bertiga balik ke pusat operasi dan waktu ini sempat saya shoot langit dikala matahari terbenam dihadapan ADStudio...

Kepada costumer yang telah memberi kepercayaan dengan hasil kerja kami mengucapkan berbanyak terima kasih juga kerjasama kalian adalah yang terbaik buat kami. InshaAllah hasilnya akan kami hantar kepada kalian setelah kerja-kerja selenggara foto-foto istimewa kalian semua selesai.Terima kasih...

Wednesday, November 19, 2008

HDR punya pasal

Salam to all, semoga ceria lagi hari ini.Walaupun kengkadang raining but its ok because life must go on and moving foward not backward.Hehe..speaking pun terabur hambur, sory guys...
Tengah sibuk menyibuk dengan kerja fotografi ni terpanggil pulak untuk ambil tahu dan jaga tepi kain berkenaan HDR lah pulak. Mana tidaknya kengkawan ramai yang shoot cantik mantik dan bagi preview gambar HDR yang diorang snap...terus teringin nak cuba buat HDR. hasilnya? Tulah, harap kengkawan diluar sana bagilah komen tentang HDR palsu ni...entah jadi entah kan tidak kata Dato S M Salim...HDR punya pasal.

Dalam sibuk menyibuk tentang HDR ni sempat jugak menyiapkan Wedding Album untuk Mr. Guna dan isterinya Avelyne Sasha yang berlangsung pada 15hb November 2008....Alhamdullilah siap juga dan bolehlah saya hantar kepada tuannya.Anyways selamat berbahagia buat Mr. Guna dan beloved wife Mrs. Avelyne!


Thursday, November 13, 2008

HARGA PATUT

Salam to all...hari ni jumaat 14 NOVEMBER 2008 , satu hari yang cerah dengan angin bertiup sepoi-sepoi sempoi. Ketika menghadap komputer ni saya sempat membelek dan menyelak folder-folder foto koleksi saya. Antara foto-foto pengantin ada jugak foto-foto test atau foto study berkenaan arah cahaya. Ada sekeping gambar yang saya suruh kawan saya capture ketika dia datang kerumah end of the last year. Kali ini saya nak bereksperimen dengan foto berkonsepkan apa entah... kata hamba Allah yang saya kenal "just do it". ( cedok ayat orang )

Kadang-kadang terfikir jugak adakah pelanggan kita suka dengan style kita shoot foto utk mereka atau sukakah mereka dengan konsep editing yang kita buat untuk mereka, dan setimpalkah harga hasil dari usaha tangan kita. Mungkin bagi yang di luar sana memadailah jika editing tiru cara orang atau shoot dengan cara dan angle berbeza asal dapat pelanggan. Sudahnya kita terpaksa buat promosi lebih2 untuk tarik minat orang. Betul juga jika kita tiru maka ianya akan menambah dan mempercepatkan kerja...tapi hasilnya tetap sama jika kita tak berjaya menghasilkan sesuatu dari usaha meniru itu tadi. Jadi mulakan dari sekarang mencari konsep untuk diri sendiri. Harga patut untuk kualiti yang patut.

Wednesday, November 12, 2008

Meeting

Alhamdullilah syukur sejak berakhirnya kerjaya di Fine Animation pada tahun 2002 inilah kali pertama dapat bersua kembali dengan pemilik syarikat Fine Animations Sdn Bhd iaitu Cik Ida Rahayu. Sememangnya bukan mudah bagi ahli perniagaan yang besar dapat meluangkan masa bertemu dan berbincang tentang banyak perkara, so kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Cik Ida Rahayu memberi ruang dalam perjumpaan ini. Banyak pengalaman yang telah kami lalui dan banyak juga pengajaran yang kami terima sebagai panduan dan penanda arah haluan di masa akan datang. Turun naik perjalanan kami dari masa ke semasa semakin lama semakin mematangkan kami.

Banyak perkara berlaku sejak 7 tahun yang lalu dan selepas 7 tahun ini barulah saya dapat bertemu dengan bekas bos saya dulu. Banyak juga kami borakkan serta berkongsi idea dan pendapat. Antaranya tentang perkembangan terkini dan maklumat terbaru teman-teman seperjuangan di Fine Animations dulu. Juga tidak ketinggalan tentang projek animasi bersiri dan juga inshaAllah filem animasi terbitan Euro Fine Sdn Bhd,Wah!...hebat. Semoga industri animasi berkembang dan bertambah kualiti di masa akan datang. Dalam pada itu saya mendapat serba sedikit infomasi tentang rakan-rakan yang dulu turut berada dalam bumbung yang sama...ada yang dah berjaya, ada yang kurang berjaya, ada yang berkualiti dan ada juga yang hidung tinggi... biasalah adat dunia. Tapi bagi saya kalau setakat pakai iswara dah berlagak macam pakai lamborgini itu sesuatu yang memalukan!
Apapun kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Ida Rahayu yang sudi meluangkan masa bersama kami. Terima Kasih.

Tuesday, November 4, 2008

WonderfulWorld

Antara koleksi foto sepanjang perjalanan sebagai "pementik gambar" majlis perkahwinan saya kongsi kepada semua disini untuk tatapan.